Sunday, December 18, 2011

Rutin Tahunan

Seperti sebelum ni, asal masuk musim sejuk je, wa akan update blog. Tapi kali ni, rasa macam malas-malas je nak update. Nah, letak gambar je la, takda idea lah.




Depan rumah, malasnya


Ni kalau wa cakap skyline pun orang percaya

Terurus sikit la kan.

Keadaan luar macam tu, terpaksa la macam ni


*Bila besar nak jadi panglima Melayu. 

Saturday, January 1, 2011

New Post In New Year From NewBie

  Salam guys!

  1st of all wa nak ucap Selamat Tahun Baru la kepada lu orang semua yang membaca blog wa ni. Kebanyakan blog yang wa baca, blogger akan tanya tentang azam baru pembacanya, dan wa pun nak tanya jugakla, apa azam tahun baru lu orang? Eleh, wa tau, bukan lu orang jawab pun soalan wa tu. En? En? 
  Okayla, sebenarnya wa nak tulis pasal Topik Topik Hot 2010, atau erti kata lain dalam intelligent language ialah Isu-isu Berbangkit 2010. Tapi ni version 'in my opinion' je taw, wa tak tau la kalau lu orang macam mana. Wa susun ikut ranking la, baru nampak 'Up-Up Pavillion' sikit blog wa ni.

Bola Sepak

  Kalau ikutkan topik hot kaum lelaki, semua jenis tournament bola sepak wa kena tulis kat ni, EPL, Champions League, Serie A, La Liga dan lain2 la kan. Tapi, kali ni wa tulis tentang tournament yang hot je la, ya'ini kaum perempuan pun buat borak. 
   
AFF Suzuki Cup
   
  Tahniah kepada Harimau Malaya sebab menang AFF Suzuki Cup haritu. Wa malas la nak tulis pasal gameplay ke, pasal Khairul Fahmi ke, pasal 'muka Safee Sali macam member wa' ke. Tapi wa nak tulis pasal topik yang budakni buat borak time tournament berlangsung. Mula-mula, wa nak tanya, siapa yang sokong  Harimau Malaya dari 'grouping' lagi? .Eleh, time final je baru nak yo yo'o sokong kan? Wa tahu, lu orang bukan tak sokong dari awal, tapi lu orang tak ambik 'Port' sangat time group stage. Kan? 


                                      Roommate wa kat AAJ

World Cup

   Yea, i know, its supposed to be No 1 in ranking, but, wa rasa takda la sampai makcik-makcik sebaya Ibu wa borak pasal World Cup. Wa tak mau cerita tentang World Cup sangat, wa just nak cerita tentang suasana sekeliling time World Cup.
   Apa yang wa sedar, time World Cup, budak yang tak pernah2 minat bola, dengan tiba-tiba minat bola kaw liaw. Yea, hak asasi manusia, lantakla orang nak minat  ke tak kan? Tapi wa kagum dan hairan macam mana depa boleh buat anjakan paradigma macam tu. Kaum wanita pulak, amboi2, sepak bola kaki kepet tapi status facebook berkenaan bola 24 jam.   ;)
 
                                               Eh?

Saturday, December 25, 2010

WARRIORS, Come Out To Play

Sepatah Dua Kata
   
  Hampir 2 tahun wa tak update blog. Kali ni wa update pun sebab tak boleh tidur malam. Al-Maklum la Fuyu Yasumi, erti kata lain dalam Bahasa Melayu ialah Cuti Fuyu baru je bermula. Yela, wa salah, bukan Cuti Fuyu, tapi Cuti Musim Sejuk. Seperti tahun sebelum ni, hidup wa mesti jadi tunggang terbalik time cuti ni, sebab sejuk gila sampai wa jadi malas nak Come Out from wa punya bilik To Play. Ok, tak fun. 

  Setelah lama terperap dalam otak wa ni, malam ni wa nak tulis semua kat dalam blog yang hampir terbuang ni. Wa nak luah tentang perkara-perkara yang wa tak berapa boleh nak handle sejak dari wa kemetot sampai wa hensem lampai ni.

1.Selisih 

  Pergh, benda ni memang wa paling malas nak alami. Tapi wa selalu sangat alami benda ni lagi-lagi kat sekolah menengah dan AAJ. Wa rasa better wa explain la dulu situasi selisih ni. Situasinya macam ni, lu orang tengah jalan sesorang kat jalan yang kosong, pastu lu orang nampak dari jauh yang kawan lu orang pun tengah berjalan kat jalan tu, tapi berlawanan arah dengan lu orang. Keadaan makin buruk bila kawan lu orang pun nampak lu orang. Aduh, wa rasa wa susah la nak explain situasi ni. So, wa struggle sikit wa letakla gambar kat bawah ni.




Kalau lu orang alami situasi yang 'cenggini', apa yang lu orang buat sementara tunggu lu orang dengan kawan lu orang tu selisih face to face?

2. Deja Vu

  Ahh, ni wa malas cakap banyak, sebab ni wa yakin semua orang pasti pernah alami. Kan? Tapi, style kan Deja Vu ni? Kan kan? Wa just nak cerita benda yang wa tak leh handle, dan Deja Vu ni salah satu benda yang wa tak leh nak handle. Bila kena je, wa tak tau nak buat macam mana, wa nak ubah atau wa nak follow the rules je.

Tapi wa tak selalu sangat kena benda ni, so, bila wa kena je, wa rasa happy sikit, pasaipa wa pun tak tau. Lu orang kalau kena Deja Vu ni, apa lu orang buat?

  Thats all for today, esok wa nak pergi buat USIM Card baru kat docomo, tu pun kalau junior wa bangun awal dan kejut wa. Dia kata nak buat 'nabe' la konon, btow, makan je rajin. Ok la, wa chow lu, salam ///. Wow, ganas.



Credit : Deja Vu

Friday, February 13, 2009

Michael Carrick



Siapa kata Christiano Ronaldo paling power dalam Manchester United?


Sir Alex Ferguson
''One of the best football brains Manchester United has ever had''

Sir Bobby Charlton
“I love watching little Carrick. He’s so in control of what he’s doing and is always so accurate and pinpoint with his passing – it’s just beautiful to watch”

Paul Scholes
“Carrick is better than Roy Keane i think. When he get the ball, he still can keep his charm and calm (laugh)''

American Idol



Tengok video dan kita akan dapat tahu memang 'sesuai' kita jadikan american sebagai idola kita.. Gambar dibawah lagi menunjukkan betapa tinggi nye IQ american sampai boleh baca buku terbalik..





p/s: dok amareka la saing nge budok sejid!!

Saturday, January 31, 2009

Lawak Simple

2 x 5

Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”

Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”

Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”

Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”

Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”

Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!”

Me Too

Prime Minister Mori was given some basic English conversation training before he visits Washington and meets Presidents Bill Clinton. The instructor told Mori ” Prime Minister, when you shake hand with President Clinton, please say ‘how are you?’. Then Mr Clinton should say “I am fine, and you ?” Now you should say ‘me too’. Afterwards we tranlator will do all the work for you.”

It look quite simple, but the truth is……………. When Mori met Clinton, he mistakenly said “Who Are You ?”. Mr Clinton was a bit shocked but still managed to react with humor : “Well, I am Hilary’s husband, ha ha…..” Then Mori replied confidently “Me too, ha ha ha..” Then there was a long silent moment in the meeting room.


Melayu Makin Me Layu



Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

>>Memang dah jadi realiti dari dulu lagi. Lihatlah tanah yang mahal-mahal telah menjadi milik bangsa lain selain bangsa Melayu. Contoh terbaik ialah Penang. Benda ni terjadi sebelum zaman Lim Guan Eng lagi...

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

>> UMNO VS PAS & PKR . Sebenarnya Melayu sudah perpecah kepada dua kerana PAS dan PKR telah bergabung di Pakatan Rakyat.

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

>>Dah jadi realiti dulu lagi dah

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

>>Salah pemimpin tak kira dari parti mana pun jika salah guna kuasa

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara...

So Melayu janganlah bergaduh sesama sendiri yang untung ialah orang lain.. Marilah kita bersatu dan dalah khutbah tiap-tiap Jumaat, penat Pak Imam bacakan:

"Jika kita berbantah-bantah, kembalilah kepada ajaran Al-Quran"

So...kita kena fikirlah sendiri ya..

credit to ISUHANGAT