Wednesday, January 28, 2009

Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas" kalu nak mkn saya malas nak masak

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

7 comments:

Anonymous said...

lawak gle! kah3

Anonymous said...

nak komen pun malas..
nak bace lagi lah..

Anonymous said...

nak tekan pon malas

Anonymous said...

haha..bengong ko nobi..

GoQ said...

nak gelak pun malas...
ha
ha
ha

fixit said...

pnat gelak je bc mnde alah ni..xmo klah...

Anonymous said...

(malas)